Tuesday, July 26, 2016

Menanam Ke Pasu

Disini di racamkan beberapa teknik yang dipilih untuk menanam dari polibag kepasu.

AA. Dari Blog tinohtin
1. Sediakan pasu, dan letakan selapis batu batan supaya tanah tak keluar.

2. Selapis tinta kambing dan tutup dengan tanah.

3. Ukur ketinggian polybag dan potong bahagian bawahnya.

4. masukan polybag dan letakan tanah sekelilingnya. Padatkan tanah

nota: i - tanam awal pagi atau petang mengelakan stress.
         ii- Jangan sirim polybag sebelum dipindahkan.
         iii - Sediakan teduhan sementara.
          iv - Hardening process bagi penyesuan dengan tempat yang baru.



BB. Ini dari blog pokokbuahtin .. httpwww.pokokbuahtin.com/2015/01/pokok-tin-putrajaya-cara-tanam-pokok.html


CC. MEDIA PASU

1. cubaan saya 3
- 2 bahagian cubaan 2
- 1 bahagian pasir tanah..
- dicuba pada 24 sept 2016 pada tut BTM6 (sendiri)
- 27 sept 2016  - potting a green jordan. The GJ is about 1 month old.

green jordan di-pasukan pada 27 sep 2016.. 2 my mix 2 +  1 pasir tanah


DARI INTERNET..

A. Cocopeat 4 cawan + tanah bakar merah  1 cawan + sekam bakar 1 cawan dan Baja yarra kristalon hijau
terima kasih tuan... berapa ratio campuran nya.....   baja tu boleh letak terus atau sebulan lepas tanam??


B. salam.. tolong beri tip nak tanam ke polybag... saya pakai tanam dansiram air lepas
tu letak tempat teduh...

Wkmslm wrt..biasanya kalau  sy,sblm ni,lps tnm dlm polibag, sungkup bhgn bwh polibag utk cepatkn akr berkembang,letak tmpt teduh smpai tunas baru tu berkembang 5-6 helai daun baru bg chya pg..
Skrg ni sy x sungkup dh..tnm mcm biasa,siram skit air keliling polibag,letak tmpt teduh,lps 3hr kdg baru siram semula..ikut kelembapan tnh
Red saudi sy xde,hybrid super red sy ad

C. Untuk Pasu

1. Dari Blog Mak Tam - cara tanam pokok
Untuk mendapatkan saliran yang baik, Pak Tam buat campuran media seperti berikut:
5 bahagian pasir kasar
4 bahagian tanah merah
1/2 bahagian kompos
sedikit kapor pertanian
sedikit baja npk 15:15:15 (beli dinurseri)

Digunakan untuk pasu dan ditanam pokok dari polibag.

2. Untuk Pasu dari Tanah sejuk blogspot....
Medium yang  terbaik (hasil perkongsian dgn kwn2) ialah  1beg tanah merah bakar nursery dicampur 2 beg tanah hitam kompos atau tanah hitam campuran. Kemudian perkara yg paling penting dlm Penyediaan tanah medium ialah proses merehatkan tanah selama 2 minggu. Kenapa perlu rehatkn selama dua minggu? Kebiasaannya element2 dan unsur nutrients yg terkandung dlm tanah biasanya akan habis atau selesai bertindakbalas atau selesai proses penguraian yang sempurna .

EE. Petani kota 28 aug 2016
- 1 bahagian cocopeat
- 1 bahagian tanah hitam
- 1/2 perlite
siram hingga basah sekali.. dan letakan ditempat teduh..

Saya nak tukar process ini sebab pokok tena saya mati, terlalu basah. Dia tal sempat nak kering, bila di serunkuk..

FF. Dari Tin oh tin dot com .. added on 27 sept 2016
Walau apa pun bahan yang digunakan dalam membuat campuran media tersebut, perkara yang penting yang kita mesti pastikan media mempunyai ciri-ciri berikut:

1.  Mempunyai saliran yang baik (tidak bertakung)
2.  Berupaya memegang air dan nutrien dengan baik
3.  Bebas dari sumber penyebab serangan penyakit, perosak dan rumpai.
4.  Stabil dari segi sifat kimia dan fizikalnya dalam jangka masa panjang.

Pada pandangan saya, media utama yang harus digunakan ialah pasir sungai kasar (bagi memastikan dapat saliran yang baik) dan tanah bakar / tanah lapisan atas (bagi memastikan media dapat memegang air dan nutrien untuk pertumbuhan). Ini kerana kedua-dua bahan ini stabil dan tidak banyak berubah sifatnya.  Bahan lain seperti sekam bakar, arang hancur, habuk sabut kelapa adalah tidak stabil dan akan hancur pada jangka masa tertentu.  Bahan-bahan lain seperti tinja kambing boleh digunakan sebagai sumber baja untuk pertumbuhan awalan tanaman.

Berdasarkan isu yang dibincangkan diatas, antara campuran bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan media penanaman adalah seperti berikut:

1.  Tanah lapisan atas atau tanah bakar (40%) + Pasir sungai (50%) dan Sekam bakar/arang hancur/sekam mentah/habuk kelapa/tinja haiwan (10%)

2.  Tanah bakar (40%) + Pasir sungai (50%) dan Sekam bakar/arang hancur/sekam mentah/habuk kelapa/tinja haiwan (10%)

3. Ramuan 50% organik & 50% mineral digaul rata : 1 bhg cocopeat +  1 bahagian tanah bakar (yangg merah) + 1/4 bahagian sekam bakar + 1/4 bahagian pasir halus + 1 genggam tinja kambing/ayam + 1/4 genggam CIRP

4. Tanah hitam, tanah bakar, tinja haiwan, sekam bakar dan sekam mentah yg dicampurkan dengan 30% - 40% pasir sungai (pasir kasar)

5.  Campuran : 5 bahagian pasir kasar + 4 bahagian tanah merah + 0.5 bahagian kompos + sedikit kapor pertanian + sedikit baja NPK15:15:15


Saya akan mencuba beberapa fomula.. a. cocopit data tanah hitam -- saya gagal kedua pokok yang saya beli mati.. munkin air berlebih..

Saturday, July 23, 2016

CARA BUAT REBUNJUT

Saya terjumpa kaedah dan cara nak buat bunjut semula.
Dari blog kawan saya ...  httpxxx://wwwxxx.pokokbuahtin.com/2015/12/cara-membuat-rebunjut-untuk-tut-pokok.html


Masa yang elok untuk mengambil tut ialah apabila akar masih putih. Kalau terlambat, akar akan mati dan bertukar warna gelap dan perlu dibuat rebunjut.

Cara nya...

1. Sedia kan media, 2x tanah merah atau top soil dan 1x  tanah campuran 6 in 1. Lembabkan media dan test dengan gemgaman.

2. Pokong dahan tut and buang salutan.


3. Rendang didalam larutan B1 selama 2 min.


4. Masukan media itu dan masukkan tut.

5. Ikant tut dengan kemas. . 

ADSENSE