Thursday, February 23, 2017

MEDIA PolyBag

Di sini di tulis media / tanah / sebagainya yang digunakan untuk tut , polibag dan tanaman pasu...


AA. Untuk Tut
1. pakai peakmoss untuk media tut.

2. 50% cocopeat / 30% peatmoss / 20% tanah. Organic booster keadah 1: 10 tapi rehatkan 3 hari  (MZ)

BB. Untuk polibag

Mizi : 80%cocopeat + 20 wemiculite

11 Jan 17 - Sistem Seroja
- untuk polybsg dan pasu besar.
- comp 1 / cocopeat 1 / peatmoss 1/ sekam bakar 1
- media kering masuk kepasu. Masukkan anak pokok.
- siram dengan Air B1 dan letak tempat teduh.

1. cubaan saya 1...
- 1 bahagian compose 8 in 1
- 1 bahagian tanah merah

2. cubaan saya 2
 Saya mencuba media ini pada pokok black jack
- 2 bahagian tanah merah
- 2 bahagian tanah hitam
- 1 bahagian cocopeat
- 1 bahagian tanah 6 dalam1
- 1/2  perlite

4. Saya akan Cuba
 - 2 T merah + 2 T Hitam + 2 Pasir + 1 peatmoss + 1 kompos + perlite + baja


5. Dari MZ
a. Media peatmoss +cocopeat + wemiculite + perlite  sama nisbah
b.rndam 15 min lepas tu toss kan.


6. Dari Salak (tried BTM 28 Oct 16) (xx)
a. - T. Merah 4 bahagian  + 1 bahagian 6 in1   +  1 bahagian sekam asli.
b. media digaul kering
c. sediakan menggalak akar B1 atau exotic atau lain2.
d. tanamkan anak tut
e. siram dengan pengalak akar, toss kan 6 jam
f. bungkus pasu dengan plastik selama 5 hari jangan siram.
g. letak tempat teduh

pix 19 Oct 2016 Tut IBT

6. Dari M Ramli (DTK pokok tin) - media cocopeat
Dia camporkan Biobat ... Ini dia kata ..."Tu dia penangan Biobat, baru hari ke-5 akar tut terus bercambah dengan banyaknya"


CC. MEDIA PASU

1. cubaan saya 3
- 2 bahagian cubaan 2
- 1 bahagian pasir tanah..
- dicuba pada 24 sept 2016 pada tut BTM6 (sendiri)
- 27 sept 2016  - potting a green jordan. The GJ is about 1 month old.
green jordan di-pasukan pada 27 sep 2016.. 2 my mix 2 +  1 pasir tanah


2. Petani K kata dia pakai 100% cocopeat,
- rendam CP dengan B1/  anti kulat
- adunan CP + baja + seasol

- anak tot direndam air seasol 5 min.

DARI INTERNET..

A. Cocopeat 4 cawan + tanah bakar merah  1 cawan + sekam bakar 1 cawan dan Baja yarra kristalon hijau
terima kasih tuan... berapa ratio campuran nya.....   baja tu boleh letak terus atau sebulan lepas tanam??


B. salam.. tolong beri tip nak tanam ke polybag... saya pakai tanam dansiram air lepas
tu letak tempat teduh...

Wkmslm wrt..biasanya kalau  sy,sblm ni,lps tnm dlm polibag, sungkup bhgn bwh polibag utk cepatkn akr berkembang,letak tmpt teduh smpai tunas baru tu berkembang 5-6 helai daun baru bg chya pg..
Skrg ni sy x sungkup dh..tnm mcm biasa,siram skit air keliling polibag,letak tmpt teduh,lps 3hr kdg baru siram semula..ikut kelembapan tnh
Red saudi sy xde,hybrid super red sy ad

C. Untuk Pasu

1. Dari Blog Mak Tam - cara tanam pokok
Untuk mendapatkan saliran yang baik, Pak Tam buat campuran media seperti berikut:
5 bahagian pasir kasar
4 bahagian tanah merah
1/2 bahagian kompos
sedikit kapor pertanian
sedikit baja npk 15:15:15 (beli dinurseri)

Digunakan untuk pasu dan ditanam pokok dari polibag.

2. Untuk Pasu dari Tanah sejuk blogspot....
Medium yang  terbaik (hasil perkongsian dgn kwn2) ialah  1beg tanah merah bakar nursery dicampur 2 beg tanah hitam kompos atau tanah hitam campuran. Kemudian perkara yg paling penting dlm Penyediaan tanah medium ialah proses merehatkan tanah selama 2 minggu. Kenapa perlu rehatkn selama dua minggu? Kebiasaannya element2 dan unsur nutrients yg terkandung dlm tanah biasanya akan habis atau selesai bertindakbalas atau selesai proses penguraian yang sempurna .

EE. Petani kota 28 aug 2016
- 1 bahagian cocopeat
- 1 bahagian tanah hitam
- 1/2 perlite
siram hingga basah sekali.. dan letakan ditempat teduh..

Saya nak tukar process ini sebab pokok tena saya mati, terlalu basah. Dia tal sempat nak kering, bila di serunkuk..

FF. Dari Tin oh tin dot com .. added on 27 sept 2016
Walau apa pun bahan yang digunakan dalam membuat campuran media tersebut, perkara yang penting yang kita mesti pastikan media mempunyai ciri-ciri berikut:

1.  Mempunyai saliran yang baik (tidak bertakung)
2.  Berupaya memegang air dan nutrien dengan baik
3.  Bebas dari sumber penyebab serangan penyakit, perosak dan rumpai.
4.  Stabil dari segi sifat kimia dan fizikalnya dalam jangka masa panjang.

Pada pandangan saya, media utama yang harus digunakan ialah pasir sungai kasar (bagi memastikan dapat saliran yang baik) dan tanah bakar / tanah lapisan atas (bagi memastikan media dapat memegang air dan nutrien untuk pertumbuhan). Ini kerana kedua-dua bahan ini stabil dan tidak banyak berubah sifatnya.  Bahan lain seperti sekam bakar, arang hancur, habuk sabut kelapa adalah tidak stabil dan akan hancur pada jangka masa tertentu.  Bahan-bahan lain seperti tinja kambing boleh digunakan sebagai sumber baja untuk pertumbuhan awalan tanaman.

Berdasarkan isu yang dibincangkan diatas, antara campuran bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan media penanaman adalah seperti berikut:

1.  Tanah lapisan atas atau tanah bakar (40%) + Pasir sungai (50%) dan Sekam bakar/arang hancur/sekam mentah/habuk kelapa/tinja haiwan (10%)

2.  Tanah bakar (40%) + Pasir sungai (50%) dan Sekam bakar/arang hancur/sekam mentah/habuk kelapa/tinja haiwan (10%)

3. Ramuan 50% organik & 50% mineral digaul rata : 1 bhg cocopeat +  1 bahagian tanah bakar (yangg merah) + 1/4 bahagian sekam bakar + 1/4 bahagian pasir halus + 1 genggam tinja kambing/ayam + 1/4 genggam CIRP

4. Tanah hitam, tanah bakar, tinja haiwan, sekam bakar dan sekam mentah yg dicampurkan dengan 30% - 40% pasir sungai (pasir kasar)

5.  Campuran : 5 bahagian pasir kasar + 4 bahagian tanah merah + 0.5 bahagian kompos + sedikit kapor pertanian + sedikit baja NPK15:15:15


Saya akan mencuba beberapa fomula.. a. cocopit data tanah hitam -- saya gagal kedua pokok yang saya beli mati.. munkin air berlebih..

Varieti Qing Pi

Saya sedang mencari varieti buah kuning, ada tiga yang saya jumpa:

1. Tena
2. B1011
3. Jin Au Fen
4. Qing Pi

Semalam saya pergi ke PK dekat tempat berkerja, dan membeli sepokok Qing Pi.

Sudah tinggi lebikurang 2 kaki dengan harga rm 100.
Rasa ok lah sebab saya dah beli 2 JinAF, beli tot, dan keduanya mati, rugi rm120.

pokok tin - qing pi 
Media: 1 seroja mix + 1 salak mix
Banyak: 24 pot kecil (6'')
Air : Sebasah sikit sajaha, tidak disiram
Berteduh : sebulan

Petani Kota

Tadi saya pergi ke semaian Petani Kota di Bangi, dekat dengan Pusat Tenaga Atom.

Saya membeli:

1. 1 pokok tin Qin Pi
2. seasol
3. baja
4. kapor tani.

A. Berbincang semaian pokok...
a. Petani Kota menggunakan 100% cocopeak.
- Cocopeat direndam dulu 1 malam dan dicampor B1 penggalak akar dan racun kulat.
- Dalam process potting, baja ditabur.

- B1 - 5ml untuk 1 liter air
- untuk seasol - 1 ml untuk 1 liter air.





Thursday, February 9, 2017

Tin Saya BTM6

10 Feb 2017 - BTM6 rajin berbuah
Pokok ni tak sampai setahun umur, tapi rajin sangat berbuah...



Ada 20 biji buah, saya rekemen pada yang baru nak berjinak dengan pokok tin supaya tanam BTM6

Tut BTM6
Pada 25 sept 2016, saya memotong tut dan memasukkan kedalam pasu.



...........................
Puas juga saya berpusing pusing mencari tin BTM6. Yand ada terlalu mahal. Dan banyak tempat dah habis.

Dan kemudian En Saiful dari JNNH, tolong mencari. Dia jumpa yang besar dan ada tut pula, tapi mahal..

mencari BTM6 16 May 2016

ADSENSE