Tuesday, September 27, 2016

TIN SAYA IBT

28 Sept 2016
Pokok IBT kedua sudah pun masak....

masak ranum pertama pokok ke 2 - 28 Sep 2016

.....................................................
24 Jun 2016 Dahan lama semuanya di tut dan dahan baru tumbuh dan banyak berbuah


-------------------

Kami telah membeli sebatang pokok pada bulan Sep 2015. Pokoknya sudah pun berbuah. Tetapi kami terlupa namanya.

Jadi saya membuah research... di internet dan saya pasti pokok itu ada TGF...
Tetapi hari ini, saya kata dianya ialah IBT.

Ini buah pokok kami...



Dan Ini buah TGF didalam internet.


Lihat color dan rupa buah. Saya pasti ianya TGF

1 June 2016 - sekarang saya tak pasti ianya TGF, sebab tadi saya pergi rumah kawan, pokok TGF berwarna kuning bila muda.

Thursday, September 15, 2016

Pokok Syurga - Anak Pokok Yang Muda

Dirumah, saya membahagikan pokok kepada 4 bahagia...

1. Anak (baby) - pokok yang baru ditanam
2. Kanak kanak -
3. Tanaman Pasu
4. Tanaman atas Tanah

Ini Gambar Baby yang ajar mengenal matahari...moga moga pokok syurga membawa kita kesana..

Belajar Panas pada 16 Sept 2016
 Banyak dah lupa nama... yand ingat, dikanan ... mikael, di kiri sekali tena,  green jordan dan panache.

Ada juga black jack, black noir dan 2 MD.

Wednesday, September 7, 2016

Media Tanam Diatas Tanah

Untuk tanaman di atas tanah saya gunakkan media ini:


Saya mencuba campuran berikut..
- 2 bahagian tanah hitam
- 2 bahagian tanah merah bakar
- 1 bahagian cocopeat
- 1 bahagian tanah 6 in 1
- 0.1 bahagian tahi ayam
di gaul kemudian disiram dengan air dan direhatkan seminggu.

Tuesday, August 30, 2016

Tin Saya Texas

D. Pada 28 Oct saya beli sepokok lagi.
Diharap hidup...

taken 12 Oct 2016





C. 1 sept 2016 - Tumbuh Pucuk
Tanda pertama ia akan hidup ialah keluar akar. Saya nampak akar puteh sudah mula timbul...
Dan seminggu kemudian, pucuk nya berbuka menjadi daun.




B. Pindah ke atas Tanah.
Saya begitu bimbang, sebab pokok tidak menampakan tanda nak hidup... Saya keluarkan pokok dari polybag dan menanamnya ditanah.





A.  Beli pokok.
19 July 2016, saya telah membeli anak pokok - varieti texas dari Banting dari En Super.
Texas - subur

selepas 3 minggu - semua daunnya semua gugur

Wednesday, August 24, 2016

TIN SAYA - MD




2. Anak satu dahan kecil, saya tut dia dan berakar. Kemudian di pindahkan ke polibag.



Tuesday, August 23, 2016

Tin Saya Black Jack


2. Pada awal bulan Aug 2016, saya telah mengetutnya. Media nya tanah biasa, 2 bahagian mix 8 in1, 2 bahagian tanah merah, 1 bahagian tanah hitam, 2 camca NPK 2 sudu baja ayam. Tanah direhatkan 2 minggu. Hasilnya lebih baik dari peatmoss.
tut tanah biasa - selepas 3 minggu

Saya pindahkan ke polibag yang menggunakan media yang sama.


1.  Saya telah membeli pokok tin black jack pada 11 may 2016 dari Jannah. Ianya hidup dengan subur

Tuesday, August 2, 2016

Pokok Kronik

Saya terbaca di FB  Tinohtin, pokok yang berakar tapi tidak berdaun...

En Malik Yusuf mengatakan... "Terdapat juga cutting yg ada fmv kronik..ruas nya betingkat rapat mmg susah nak keluar tunas..dlm kes kes yg terperinci ia mengambil masa 3-4 bulan baru ada tunas dan ada juga tunas tak keluar sampai akar semua kekeringan dan mati.. "

Ini gambarnya 

dari FB tinohtin

ADSENSE