Monday, October 17, 2016

BELI TUT MATI

Semalam saya merima 2 tut yang dihantar pada hari Khamis lepas. Keduanya mati, akar dah hitam dan berbau busuk.

Yang tak patut berlakunya ialah, tut dipos pada hari khamis 5 petang dari  Pasir MAS.

Date / TimeProcessEvent
17 Oct 2016, 02:53:54 PMItem delivered to ATIEPos Laju Petaling Jaya
17 Oct 2016, 09:31:33 AMItem out for deliveryPos Laju Petaling Jaya
17 Oct 2016, 06:20:07 AMArrive at delivery facility atPos Laju Petaling Jaya
15 Oct 2016, 03:33:14 PMItem dispatched outPos Laju Pasir Mas
13 Oct 2016, 05:17:22 PMItem posted over the counterPos Laju Pasir Mas
 Dan Jumaat 14 hb dan 15 hb cuti hujung minggu. 16 hb Ahad di Selangor, cuti... maka hari Ahad baru lah dihantar kerumah.

Kesilapan besar, tut terlalu basah. Tiada harapan hidup....






Thursday, September 29, 2016

SEMAI PUCOK

Saya akan mencuba cara semaian yang saya jumpa didalam blog http//semuamenjadi.blogspot.my/2015/10/pokok-tin-tu-pakai-baja-apa.html.

Untuk kemudahan saya , saya copy ke -blog saya ini...

Ini apa Nek Osh kata, semua tunas-tunas  tu di semaikan untuk dapat anak pokok yang baru... . Satu idea yang sangat bernas dan menarik.  Dia juga tunjuk gambarnya sekali.



Kaedahnya: Potong pucuk bawah nod ke-2 atau bawah nod ke-3. Buang daun besar, tinggalkan pucuknya (2 helai daun). Pastikn pucuk tu btgnya ada 2 atau 3 nod baru boleh disemai. Sebaiknya guna penggalak akar. Lepas basahkan batang, celup penggalak akar dan cucukkan ke dlm tanah. Tanam waktu lewat petang supaya pucuk boleh recover sebelah malam. Basahkan medium tanah jangan banjir. 



Letak kat tempat redup bwh bumbung. Sungkupkan pucuk. Sebaik-baiknya guna peat moss + perlite. Guna tanah  6 in 1 dan tanah kompos pun boleh hidup. Apapun peatmoss + perlite paling bagus.



Ini rupanya semaian yang telah berjaya.

Selamat Mencuba!

Insya Allah kita cuba dan kita berterima kasih pada penulis nya...

Sebab dia tidak kedekut...

Wednesday, September 28, 2016

TIN SAYA - TENA

D. Pada 25 Sept 2016 saya masukkan pokok tena kedalam pasu yang lebih besar.... bimbang dia mati macam pokok panache..
potted 24 sept 2016
media : 2 tanah merah, 2 tanah hitam, 1 cocopeat, 1 compose 8 in 1, 3 pasir kasar


C. Tena Baru
Hari Rabu 7 Sep 2016, dapat tena ganti. Dan ditanam didalam polibag. Harap ianya hidup.




B. Tena Mati
Seminggu kemudian Tena Mati
================















....................................................................
A. Aug 2016 Beli Pokok

Pada 21 August 2016, saya pergi kepasar tani di Bangi dan membeli 3 pokok tin. Dua anak tut dan 1 didalm polibag.
Ini gambarnya...

pokok tin red libya dibeli dalam polybag 21 aug 2016
pokok tin panache dan tena dibeli tut
Bila ditanam pokok Tena terus mati.

Tuesday, September 27, 2016

TIN SAYA IBT

28 Sept 2016
Pokok IBT kedua sudah pun masak....

masak ranum pertama pokok ke 2 - 28 Sep 2016

.....................................................
24 Jun 2016 Dahan lama semuanya di tut dan dahan baru tumbuh dan banyak berbuah


-------------------

Kami telah membeli sebatang pokok pada bulan Sep 2015. Pokoknya sudah pun berbuah. Tetapi kami terlupa namanya.

Jadi saya membuah research... di internet dan saya pasti pokok itu ada TGF...
Tetapi hari ini, saya kata dianya ialah IBT.

Ini buah pokok kami...



Dan Ini buah TGF didalam internet.


Lihat color dan rupa buah. Saya pasti ianya TGF

1 June 2016 - sekarang saya tak pasti ianya TGF, sebab tadi saya pergi rumah kawan, pokok TGF berwarna kuning bila muda.

Thursday, September 15, 2016

Pokok Syurga - Anak Pokok Yang Muda

Dirumah, saya membahagikan pokok kepada 4 bahagia...

1. Anak (baby) - pokok yang baru ditanam
2. Kanak kanak -
3. Tanaman Pasu
4. Tanaman atas Tanah

Ini Gambar Baby yang ajar mengenal matahari...moga moga pokok syurga membawa kita kesana..

Belajar Panas pada 16 Sept 2016
 Banyak dah lupa nama... yand ingat, dikanan ... mikael, di kiri sekali tena,  green jordan dan panache.

Ada juga black jack, black noir dan 2 MD.

Wednesday, September 7, 2016

Media Tanam Diatas Tanah

Untuk tanaman di atas tanah saya gunakkan media ini:


Saya mencuba campuran berikut..
- 2 bahagian tanah hitam
- 2 bahagian tanah merah bakar
- 1 bahagian cocopeat
- 1 bahagian tanah 6 in 1
- 0.1 bahagian tahi ayam
di gaul kemudian disiram dengan air dan direhatkan seminggu.

Tuesday, August 30, 2016

Tin Saya Texas

D. Pada 28 Oct saya beli sepokok lagi.
Diharap hidup...

taken 12 Oct 2016





C. 1 sept 2016 - Tumbuh Pucuk
Tanda pertama ia akan hidup ialah keluar akar. Saya nampak akar puteh sudah mula timbul...
Dan seminggu kemudian, pucuk nya berbuka menjadi daun.




B. Pindah ke atas Tanah.
Saya begitu bimbang, sebab pokok tidak menampakan tanda nak hidup... Saya keluarkan pokok dari polybag dan menanamnya ditanah.





A.  Beli pokok.
19 July 2016, saya telah membeli anak pokok - varieti texas dari Banting dari En Super.
Texas - subur

selepas 3 minggu - semua daunnya semua gugur

ADSENSE